Berita Hari Ini

SOP Perintah Kawalan Pergerakan Akan Diperketat Pada Fasa Kedua

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diperketatkan lagi termasuk kemungkinan mewujudkan lebih banyak sekatan merangkumi pergerakan orang ramai dalam membuat pembelian barangan dan makanan harian.

Memetik laporan Bernama, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang menyiapkan SOP baharu itu yang akan digunakan apabila fasa kedua PKP diperkenalkan.

“Fasa pertama kita lihat walaupun ada sekatan pergerakan tetapi ada banyak perkara seolah-olah dibenarkan, ada pengecualian-pengecualian. Menurut polis, pematuhan PKP masih 95 peratus, menunjukkan masih ada yang ingkar.

“MKN telah diminta memperkenalkan atau keluarkan SOP baharu ini dan peraturannya akan jadi lebih tegas dari hari ini, jadi mungkin selepas ini banyak sekatan akan dikenakan sama ada dari segi pembelian, membeli-belah, membeli makanan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai PKP di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");