Perak Hari Ini

Taman Tema Lost World Ditutup Sementara Bermula Esok

IPOH – Taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) di sini akan ditutup sementara waktu bermula esok iaitu 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan taman tema berkenaan dibuat mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Berikutan pengumuman terbaru dibuat kerajaan, pihak pengurusan telah memutuskan untuk menutup sementara taman tema ini bermula 18 Mac iaitu esok sehingga 31 Mac 2020.

“Sebagai langkah pencegahan juga, pengurusan LWOT akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan pengunjung,” katanya.

Sementara itu, Hotel Sunway Lost World juga memaklumkan, pihaknya tidak akan menerima sebarang tetamu untuk mendaftar masuk dalam tempoh yang sama.

Bagaimanapun menurut kenyataan berkenaan, pihak LWOT akan membantu pengunjung-pengunjung memanjangkan tempoh tamat tiket ke taman tema yang telah dibeli termasuk di Lost World Glamping, Malayana Floating Villa dan Lost World Hotel yang dibuat melalui saluran pembelian asal.

“Maklumat lanjut boleh didapati di laman web LWOT di www.sunwaylostworldoftambun.com,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");