Membawang Hari Ini

Usahawan Kosmetik Disyaki Pukul Anak Angkat

Sejak malam tadi hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang usahawan kosmetik yang sering mencetuskan kontroversi disyaki memukul anak angkatnya.

Berdasarkan laporan, usahawan terbabit dikatakan memukul muka kanak-kanak berusia dua tahun itu menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk tujuan publisiti.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kediaman usahawan kosmetik tersebut yang terletak di Kota Damansara sebelum pembantu rumahnya yang juga merupakan saksi kejadian membuat laporan polis.

Menerusi laporan diterima, suspek memanggil pembantu rumah berkenaan untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, pembantu rumah itu berkata dia tidak menuruti arahan tersebut kerana bimbang kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan. Kemudian suspek sendiri telah memukul mangsa menggunakan kasut selain mencubitnya sehingga meninggalkan kesan lebam yang teruk.

Pembantu rumah berkenaan kemudian membuat laporan polis kerana khuatir sekiranya turut dituduh memukul anak angkat suspek.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sudah merakam percakapan suspek dan empat saksi lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");