Perak Hari Ini

Waspada Penipuan Penjualan Face Mask Atas Talian, Perak Catat 48 Kes

IPOH- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak telah menerima sebanyak 48 kes penipuan melibatkan penjualan topeng mulut dan hidung yang dilakukan secara atas talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Hasbullah Abd Rahman berkata, kes penipuan melibatkan penjualan topeng mulut dan hidung meningkat disebabkan permintaan yang amat tinggi terhadap barangan berkenaan.

Katanya, olrh sebab permintaan yang amat tinggi terhadap barangan-barangan ini, kes-kes penipuan penjualan face mask juga telah meningkat akibat perbuatan orang-orang yang tidak bertanggungjawab dengan memperdayakan orang ramai yang terdesak mendapatkan bekalan.

“Setakat hari ini, pihak PDRM Perak telah menerima 48 kes penipuan penjualan face mask dan kerugian yang dialami adalah sebanyak RM39,322.00.

“Semua kes penipuan ini berlaku apabila pengadu tertarik dengan tawaran untuk mendapatkan face mask di media sosial. Pengadu kemudiannya telah membuat pembayaran wang secara atas talian atau “online banking” kepada orang-orang yang dianggap sebagai penjual berkenaan bagi mendapatkan bekalan tersebut.

“Apabila barang-barang yang ditempah tidak sampai, pengadu telah berasa diperdaya dan seterusnya membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, sebagai langkah pencegahan, pihak PDRM menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati, jangan mudah terpedaya dengan iklan dan tawaran pembelian face mask melalui media sosial dan laman web membeli-belah.

“Pergantungan orang ramai terhadap pembelian secara atas talian yang tinggi menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan mudah dengan menipu pembeli- pembeli yang memerlukan barang tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");