Berita Hari Ini

31fasiliti tawar khidmat ubat melalui pos di Perak

Jabatan Kesihatan Negeri Perak menambah 12 lagi fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menawarkan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP), sekaligus menjadikan jumlah fasiliti perkhidmatan UMP yang beroperasi di negeri itu sebanyak 31 setakat ini.

Menurut kenyataan di laman sosial Facebook (FB) jabatan berkenaan hari ini, pertambahan bilangan fasiliti itu bertujuan membolehkan lebih ramai pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan.

Kos bayaran Pos Laju untuk penghantaran UMP juga adalah percuma mulai 5 April sehingga 30 Jun berbanding RM5.30 sebelum ini, menurut kenyataan itu.

“Perkhidmatan UMP adalah sesuai untuk ubat susulan yang tidak memerlukan penyimpanan khas, tidak sensitif kepada perubahan suhu dan kelembapan serta bukan jenis ubat psikotropik,” menurut kenyataan itu.

Proses penyediaan ubat, pungutan dan penghantaran mungkin mengambil masa antara lima hingga 10 hari dan pesakit dicadangkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya stok ubat selama dua minggu bagi memulakan perkhidmatan itu.

Antara fasiliti yang menawarkan UMP adalah Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, Hospital Taiping, Hospital Seri Manjung dan beberapa klinik kesihatan.

Senarai penuh lokasi fasiliti yang menawarkan perkhidmatan UMP boleh diperoleh menerusi laman FB Jabatan Kesihatan Negeri Perak iaitu di https://www.facebook.com/jknperak/.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");