Perak Hari Ini

NGO Prihatin Sumbang Sampling Box Kepada Hospital Taiping

TAIPING- Dua buah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini telah mendermakan dua unit ‘Sampling Box’ kepada Hospital Taiping yang mana ianya merupakan kegunaan harian pihak hospital bagi merawat pesakit wabak koronavirus (Covid-19).

Pegawai Perubatan Unit Kecemasan Hospital Taiping, Dr Zainul Ikhwan Ahmad Khusairi berkata, pihaknya begitu teruja dan amat berterima kasih kepada Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Sejagat (PAKIS) dan Pengakap Daerah Larut Matang dan Selama yang prihatin dengan keselamatan petugas barisan hadapan hospital ini.

Menurut beliau, alatan berkenaan yang bernilai RM2,800 sebuah turut dilengkapi dengan penghawa dingin, amat selesa dan dapat mengurangkan risiko jangkitan pesakit kepada petugas.


“Buat masa ini, satu set akan diletakkan di kawasan triage atau di hadapan unit kecemasan dan satu lagi akan di tempatkan di khemah saringan covid.

“Rekaannya bukan sahaja luas dan selesa namun menurut jangkaan ianya dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas-petugas disini.

“Pihak hospital amat berterima kasih kepada NGO ini kerana prihatin dengan keselamatan petugas barisan hadapan seperti kami, “katanya kepada media hari ini.

Kedua-dua set ‘Sampling Box’ itu diserahkan sendiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Larut Matang dan Selama, Mad Radi Ismail dan Timbalan Pakis Perak, Datuk Khairul Nizam Osman.

Sementara itu kata Khairul Nizam yang juga merupakan Pengerusi Pakis Taiping, pihaknya bersama Mad Radi, terpanggil untuk membantu petugas-petugas Hospital Taiping setelah permintaan mereka ditularkan dalam media sosial.

Menurutnya pihaknya segera mengutip dan mengumpul dana dari kalangan ahli dan terus membuat pembelian kotak tersebut yang direka khas oleh seorang guru Noor Hakimi Mohd Nor dan pasukannya iaitu Team Seni Pelet.

“Pemberian ini adalah hasil sumbangan orang ramai dan ahli Pakis dalam membantu frontliner kita.

“Pakis bukan sahaja menumpukan kebajikan kepada petugas barisan hadapan sebaliknya turut sama membantu golongan yang memerlukan dan terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam pada itu Md Radi berkata, selain sampling box pihaknya turut memberikan sebanyak 3,000 pelindung muka khas yang direka pasukan kepada pihak hospital.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");