Berita Hari Ini

Cuti Umum Aidilfitri Di Indonesia Dipinda Ke Disember

JAKARTA: Cuti umum Hari Raya Aidilfitri di Indonesia, dipinda ke Disember.

Harian Metro yang memetik Jakarta Post melaporkan kerajaan membuat keputusan itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menteri Pembangunan dan Kebudayaan Manusia, Muhadjir Effendy berkata, cuti umum sebelum ini adalah 26 hingga 29 Mei ini.

Beliau berkata, ia dipinda kepada 28 hingga 31 Disember.

Setiap tahun, kira-kira 20 juta rakyat Indonesia yang bekerja di bandar besar akan pulang ke kampung, pada akhir Ramadan.

Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan berhubung penularan wabak berkenaan.

Setakat ini, negara itu sudah merekodkan 1,706 kes Covid-19 dengan 142 kematian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");