Panasnya Hari Ini

Dr Adham perlu henti tuding jari salahkan PH, tegur Dr Dzul

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba perlu berhenti menuding jari menyalahkan PH yang didakwanya gagal membendung kluster jangkitan himpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur.

Bercakap kepada Malaysiakini, bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas timbalannya Dr Lee Boon Chye berkata sekarang bukan masa menyalahkan pihak lain mengenai kluster Tabligh yang menjadi punca kepada gelombang kedua penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Dzulkefly berkata Adham perlu menjadi teraju Kementerian Kesihatan.

“Menghadapi wabak serius ini, negara ingin melihat menteri menjadi peneraju dan menyediakan kepemimpinan strategik yang dapat melengkapkan peranan yang diambil oleh Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah),” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Dzulkefly menteri antaranya dapat membantu memanfaatkan kepakaran pakar kesihatan awam seperti pakar epidemiologi dan pakar penyakit berjangkit, sehingga kerajaan mendapat hasil yang lebih baik dalam menangani Covid-19.

Katanya lagi, Adham juga perlu menumpukan usaha mengatasi tunggakan ujian Covid-19 dan meneroka penggunaan kepintaran buatan (AI) untuk membantu ujian besar-besaran dan memantau jangkitan masyarakat, serta menyelaraskan usaha supaya memastikan bekalan peralatan pelindung diri (PPE) yang mencukupi kepada barisan hadapan.

Selain itu, menurut Dr Dzulkefly, menteri kesihatan perlu memastikan semua orang mematuhi perintah kawalan pergerakan, sementara juga memikirkan strategi untuk membantu meringankan beban negara daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) ini yang menutup sebahagian negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");