Sukan Hari Ini

‘Kesan Lebih Buruk Akan Melanda Industri Bola Sepak Negara’

JANGKA hayat karier pemain bola sepak tidak panjang seperti pekerjaan lain seterusnya menuntut pemain manfaatkan peluang yang ada untuk berjuang dan melebarkan sayap karier ke peringkat lebih tinggi.

Namun, pembatalan saingan Liga Malaysia (Liga M) dan semua aktiviti bola sepak menjejaskan masa depan pemain untuk terus berjuang dalam industri berkenaan berikutan mungkin akan berhadapan tunggakan gaji dan lebih buruk digugurkan daripada pasukan.

Harian Metro melaporkan, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, situasi ketika ini begitu ‘suram’ buat pemain dan barisan kejurulatihan yang mungkin akan kehilangan pekerjaan jika saingan Liga M dan aktiviti bola sepak dibatalkan sepenuhnya.

“Saya melihat kesan lebih buruk akan melanda industri bola sepak negara jika saingan Liga M dibatalkan kerana banyak pihak terkesan. Sekarang ini, segala keputusan terletak kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi menentukan liga diteruskan atau sebaliknya.

“Jika melihat kepada situasi semasa, jika dibatalkan, sekurang-kurangnya enam bulan aktiviti bola sepak tiada di negara ini seterusnya mungkin menimbulkan masalah lain nanti,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, impian untuk melihat saingan Liga M bermula dalam tempoh terdekat musnah apabila kerajaan tidak membenarkan sebarang pertandingan bola sepak diadakan walau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah tamat.

Hal ini bermakna, kemungkinan menyaksikan saingan Liga M bersambung sekurangnya pada Jun atau Julai depan hanyalah angan semata-mata apabila kerajaan turut akan memperkenalkan standard prosedur operasi (SOP) baharu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perlawanan bola sepak sudah tentu akan membabitkan ramai individu sekali gus berkemungkinan besar akan ada sentuhan hingga mendorong penularan wabak terbabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");