Perak Hari Ini

‘Saya Akur Dengan Sistem Kehakiman Negara’- Timb Menteri Kesihatan

GERIK- Layanan undang-undang di negara ini jelas sekali tidak diberbezakan pelaku yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disamping terus memberi kepercayaan orang ramai terhadap integriti pihak berkuasa dan kerajaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata beliau akur pada hukuman yang dikenakan di mana ianya mengikut ketatapan yang sedia ada.

“Semua dah selesai, saya ucap terima kasih kepada yang menyokong dan mendoakan saya, saya mohon maaf atas kesilapan dan akur pada perundangan dan sistem kehakiman negara ini.

“Saya akan lebih berhati-hati lagi selepas ini dan akan teruskan perjuangan untuk berikan kesihatan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Beliau bagaimanpun bersama Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria mengaku salah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri satu jamuan di Ma’ahad Tahfiz di Lenggong.

Kesemua mereka didenda RM1,000 setiap seorang atau sebulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan dua wakil rakyat bersama 13 individu itu ingkar arahan PKP apabila dengan niat secara bersama berhimpun di kawasan tempatan jangkitan bagi maksud sosial.

Kesalah itu dilakukan di Dewan Mahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah Kampung Luat Lenggong pada 17 April lalu antara pukul 6 petang hingga 7 malam.

Razman bagaimanapun tidak mengulas lanjut namun turut sependapat dengan Noor Azmi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");