Berita Hari Ini

LHDN Buka Semula Kaunter Duti Setem Seluruh Negara

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengumumkan kaunter duti setem di 34 pejabat setem cawangan akan kembali beroperasi esok.

Bagaimanapun, hanya 5 hingga 10 orang pembayar duti atau pembawa dokumen dibenarkan masuk ke kawasan kaunster pada satu-satu masa bergantung kepada keluasan ruang kaunter.

Bilangan dokumen pula dihadkan kepada 3 dokumen sahaja pada satu-satu masa.

Keutamaan kepada urusan duti setem melibatkan individu dan orang awam yang tiada ID pengguna Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di internet, dan pembayaran duti setem ke atas notis taksiran yang tidak boleh dibuat secara dalam talian.

Di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, kaunter akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, kaunter akan beroperasi dari Ahad hingga Khamis bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Kaunter duti setem di Pusat Khidmat Hasil dan UTC Johor ditutup sehingga tempoh kawalan tamat.

Pihak selain daripada individu dan orang awam boleh membuat penyeteman dalam talian melalui STAMPS. Ejen dan wakil yang mempunyai ID STAMPS wajib mengemukakan permohonan penyeteman dan pembayaran secara dalam talian melalui STAMPS.

Pembayar duti, syarikat atau agensi yang tiada keperluan mendesak untuk urusan duti setem diminta memangguhkan urusan sehingga tempoh kawalan tamat.

LHDN memberikan lanjutan masa sehingga 30 Apr ke atas semua permohonan taksiran dan bayaran duti setem termasuk duti kompaun yang sepatutnya disetemkan atau dibayar pada 18 Mac hingga 28 Apr. Tiada penalti akan dikenakan lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");