Perak Hari Ini

PKP Fasa Kedua Perak, Kedai Dibenarkan Beroperasi 8 Pagi Hingga 8 Malam

IPOH- Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua yang telah mula berkuatkuasa pada 1 April 2020, semua premis perniagaan dan perkhidmatan dibenarkan beroperasi bermula dari 8 pagi hingga 8 malam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan perkara tersebut yang mana akan mula berkuatkuasa pada 3 April 2020 sehingga sehingga 14 April 2020 atau sehingga perintah PKP ditarik balik.

“Kerajaan Negeri ingin memaklumkan ketetapan waktu operasi bagi semua premis perniagaan dan perkhidmatan adalah diselaraskan kepada bermula dari 8 pagi hingga 8 malam.

“Ketetapan ini berkuatkuasa pada jam 1 pagi iaitu hari Jumaat, 3 April 2020 sehingga 14 April 2020 atau sehingga perintah PKP ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara premis perniagaan dan perkhidmatan yang terlibat adalah semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam.

Semua premis kedai makan dan rangkaian restoran makanan segera, termasuk khidmat pandu lalu (drive-through) masing-masing, semua stesen minyak dan Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery).

Walau bagaimanapun katanya, hospital swasta, klinik swasta dan farmasi adalah dikecualikan daripada arahan waktu operasi ini.

Selain itu kata Ahmad Faizal, para peniaga dan pengendali pengangkutan awam serta rakyat juga diminta mematuhi ketetapan operasi bagi Pasar Awam iaitu bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengahari, waktu operasi bagi Pasar Borong dari jam 4 pagi hingga 10 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");