Sukan Hari Ini

MFL Tunggu ‘Lampu Hijau’ Kerajaan

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada kerajaan bagi membuat keputusan mengenai status perjalanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ia susulan kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada akan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan COVID-19 yang akan berakhir 14 April ini atau sebaliknya.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini juga dilaporkan tidak menggalakkan masyarakat menyertai perhimpunan awam dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Keadaan itu sekali gus meletakkan baki saingan Liga M musim ini berkemungkinan terpaksa dilangsungkan tanpa penyokong sekiranya cadangan itu dikeluarkan secara rasmi kerajaan.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan ketika ini pihaknya tidak boleh membuat sebarang keputusan muktamad tanpa arahan rasmi dikeluarkan kerajaan.

“Sekiranya cadangan itu (melarang perhimpunan awam antara enam bulan hingga setahun) berlaku, MFL akan mendapatkan pandangan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dari sudut bola sepak.

“Selepas berakhirnya PKP ini juga kami akan mendapatkan pandangan dari kerajaan dan KKM,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Terdahulu, Ab Ghani menerusi satu kenyataan menjelaskan pihaknya sudah bersedia dengan beberapa pilihan alternatif bagi meneruskan kalendar bola sepak tempatan pada musim ini jika tempoh PKP dilanjutkan kepada satu tarikh baharu.

“Untuk makluman segala persiapan dan perancangan MFL itu membabitkan Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Cabaran, Piala Malaysia serta saingan liga amatur M3 kelolaan Liga Bolasepak Amatur (AFL).

“Namun begitu segala keputusan ini masih tertakluk kepada arahan kerajaan berhubung bilakah status PKP akan berakhir dan sebaik tempoh akhir PKP diumumkan, MFL akan memaklumkan dengan lebih terperinci berhubung format yang akan diguna pakai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");