Perak Hari Ini

Perak Laksana “S.M.A.R.T Iftar” Jika PKP Tamat

IPOH- Kerajaan negeri kini dalam perancangan bagi mempertimbangkan kaedah alternatif sepanjang bulan Ramadhan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 29 April akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata pihaknya mengambil kira perlaksanaan PKP iaitu dengan mengamalkan penjarakan sosial dan mengelakkan kawasan tumpuan orang ramai melalui kaedah berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri mengambil pandangan bahawa perlaksanaan bazar ramadhan secara tradisional adalah tidak sesuai.

“Kerajaan negeri pada masa ini sedang mempertimbangkan satu kaedah alternatif iaitu secara pandu lalu di atas talian di mana kita mengambil keputusan untuk melaksanakan bazar ramdahan secara ‘drive thru’ iaitu dipanggil ‘S.M.A.R.T Iftar’.

“Kita bercadang untuk melaksanakan S.M.A.R.T Iftar pada 29 April setelah PKP tamat, tetapi sekiranya tempoh PKP dipanjangkan, kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk tidak mengadakan S.M.A.R.T Iftar atau apa-apa bazar Ramadhan di Perak,” katanya kepada media hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga telah mendapatkan persetujuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengenalpasti lokasi yang selamat dalam melaksanakan perkara tersebut.

“Kita telah mendapat persetujuan PBT untuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang difikirkan selamat dan boleh dikawal untuk memastikan kita mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di mana setiap PBT akan mengumumkan di atas talian masing-masing untuk menawarkan kepada peniaga untuk bersama-sana di lokasi yang telah dikenalpasti,” katanya.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri akan memperkenalkan platfom secara atas talian yang mana akan dimulakan pada 1 Ramadhan nanti iaitu pada 24 April.

“Pihak PBT juga akan menggalakkan satu kaedah di mana restoran-restoran yang sekarang diberikan kebenaran untuk beroperasi akan mengadakan kolaborasi dengan peniaga tempatan untuk menempatkan produk mereka di restoran yang diberikan kebenaran.

“Makanan yang telah siap boleh dihantar terus ke kediaman ataupun boleh diambil sendiri di premis di mana penjarakan sosial akan diutamakan mengikut syarat yang ditetapkan.

“Kerajaan negeri melalui bantuan Digital Perak akan menyedikan satu e-platform yang akan diumukan kelak yang akan menggabungkan semua peniaga yang telah berdaftar di PBT setiap negeri untuk memudahkan peniaga memprosmosikan produk dan berkemungkinan besar akan berkolaborasi bersama Food Panda,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan sentiasa memikirkan mekanisma terbaik dan memberi subsidi berkenan dengan proses penghantaran makanan kepada pelanggan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");