Berita Hari Ini

Pusat Kuarantin Daif Di Sabah Tidak Benar

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan kebenaran video memaparkan keadaan di sebuah pusat kuarantin dalam keadaan daif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Memetik BH Online, penafian berkenaan dimaklumkan menerusi kenyataan pemaklumkan berita palsu oleh Pasukan Respon Pantas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, hari ini.

Selain itu, menerusi kenyataan sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut menafikan laporan mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“(Peningkatan itu) berdasarkan kenaikan peratusan panggilan ke Talian Kasih sebanyak 57 peratus walhal peningkatan berkenaan merangkumi juga kategori lain termasuk hal berkaitan wabak COVID-19, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes kaunseling dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut menafikan dakwaan bahawa Ayat 33 dari Surah al-Ahzab ada kaitan dengan tiga kes kematian pada 3 April 2020 dan 3,333 kes positif COVID-19 yang nyata tidak benar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");