Perak Hari Ini

Operasi Pasar Borong Perak Ditetapkan Semula

IPOH- Kerajaan negeri telah menetapkan semula waktu operasi bagi pasar borong di negeri ini mulai 6 April 2020 setelah mengambil kita pelbagai perkara.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan berkata, pihak telah meneliti semula waktu operasi pasar borong dan menetapkan semula waktu operasi sepanjang tempoh PKP Fasa Kedua.

“Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang kekangan yang sedang dihadapi oleh komuniti perniagaan dan para pemain industri sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan menghentikan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Susulan itu, Kerajaan Negeri telah meneliti semula waktu opeasi pasar borong dan menetapkan waktu operasi sepanjang tempoh PKP Fasa Kedua berkuatkuasa mulai 6 April 2020,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut juga telah menetapkan tiga pembahagian iaitu bagi operasi barang basah, sayur-sayuran dan buah-buahan serta operasi bagi pembersihan.

Jam 4.00 pagi sehingga 10.00 pagi adalah operasi barang basah, jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi ditutup untuk pembersihan dan bersambung pada jam 11.00 pagi sehingga 4.00 petang bagi operasi sayur-sayuran dan buah-buahan.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menyeru agar para peniaga dapat mematuhi ketetapan operasi bagi Pasar Borong dari iaitu dari jam 4 pagi hingga 10 pagi sahaja tetapi ianya telah ditambahbaik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");