Berita Hari Ini

Tiada Kes Terhadap MB Terengganu Isu Dakwaan Langgar PKP, Kata Polis

PETALING JAYA: Polis memaklumkan kes melibatkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, yang diambil gambar semasa berkumpul bersama 20 yang lain pada 17 Apr, digugurkan susulan notis “tiada tindakan lanjut” daripada pejabat pendakwa raya.

“Kami baru terima jawapan daripada pejabat pendakwa raya mengatakan tiada kes terhadap beliau, tiada tindakan lanjut,” kata Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik kepada FMT.

Kenyataan Samsuri itu dirakamkan susulan 2 laporan polis dibuat tentang kehadirannya di perkumpulan itu di rumah bekas menteri besar Ahmad Said.

Ahmad, yang juga ketua Umno Terengganu, berkata Samsuri dan 20 sukarelawan berada di rumahnya di Kemaman untuk membincangkan hal berkaitan pengedaran bantuan.

Adun Kijal itu juga memohon maaf atas ketiadaan penjarakkan sosial dan berharap sukarelawan terlibat tidak dihukum.

Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di ibu pejabat polis negeri di Kuala Terengganu untuk disoal pada 19 Apr. (Gambar polis Terengganu)

“Mereka sangat teruja dapat peluang jumpa menteri besar dan terus rakamkan gambar…dalam keadaan itulah terlupa untuk jarakkan diri antara satu sama lain.

“Hukumlah saya jika didapati bersalah tetapi bukan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu menyampaikan bantuan kepada orang miskin ini,” kata Ahmad kepada Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");