Berita Hari Ini

Bayi Dicampak Dari Tingkat Empat Masih Di ICU

GEORGETOWN – Bayi perempuan yang dicampak dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru di sini oleh ibunya sendiri, semalam kini dilaporkan stabil, namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, walaupun jatuh dari tempat tinggi, pemeriksaan doktor mendapati hanya terdapat kesan luka sepanjang dua sentimeter di kepala bayi.

Menurutnya, ibu kepada bayi berkenaan yang berusia 18 tahun juga masih mendapatkan rawatan di hospital sama dan dilaporkan stabil.

“Keluarga remaja perempuan ini yang berada di Kelantan sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan kini polis sedang memburu teman lelaki suspek yang berusia 18 tahun untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Semalam Sinar Harian melaporkan seorang remaja tergamak mencampak bayi perempuan yang baharu dilahirkannya dari tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, remaja berusia 18 tahun itu dikatakan melahirkan bayinya di dalam tandas rumahnya tanpa pengetahuan ahli keluarga.

Disebabkan panik, remaja terbabit mengambil keputusan mencampak bayi berkenaan melalui balkoni.

Anbalagan sebelum ini berkata, salah seorang penduduk di perumahan itu yang terdengar bunyi dentuman kuat seperti barang jatuh ke atas atap rumahnya curiga dengan bunyi tersebut dan membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah sebelum menemui beg yang mengandungi bayi di bahagian belakang flat terbabit.

Pemeriksaan lanjut menemui bayi perempuan dalam keadaan berdarah, namun masih bernyawa memetik Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");