Perak Hari Ini

Kesemua Portfolio Exco Perak Diumum Hari Ini

IPOH- Tiga lagi portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak yang mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei 2020 yang lalu diumumkan pada hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan perkara tersebut kepada media sekaligus mengumumkan terdapat penstrukturan kecil dalam portfolio MMK selaras dengan pengagihan portfolio kepada tiga Ahli MMK baharu.

Menurut beliau, tiga porfolio tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam dipegang oleh Datuk Mohd Zolkafly Harun; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia dipegang Encik Khairul Shahril Mohamed dan akhir sekali Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau disandang oleh Ahmad Saidi Mohamad Daud.

“Pentadbiran Kerajaan Negeri juga ingin mengumumkan penstrukturan kecil dalam portfolio MMK selaras dengan pengagihan portfolio kepada tiga Ahli MMK baharu iaitu portfolio Pengangkutan Awam yang dipegang oleh Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi dan portfolio Infrastruktur yang dipegang oleh Datuk Abdul Yunus Jamahri telah diserahkan kepada Mohd Zolkafly,” katanya.

Tambah beliau, bertepatan dengan fokus pentadbiran kerajaan negeri untuk memperkasa sektor pertanian dan menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara, portfolio Abdul Yunus diperluaskan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan.

“Dengan ini, senarai barisan MMK Negeri Perak Darul Ridzuan dengan portfolio masing-masing telah lengkap sepenuhnya.

“Saya yakin dan percaya barisan MMK yang telah dilantik ini adalah pasukan yang dinamik serta komited dalam menggerakkan usaha membina semula ekonomi negeri ini susulan penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Senarai penuh portfolio Menteri Besar dan seluruh barisan MMK negeri Perak

1. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional

2. Datuk Saarani Mohamad
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

3. Razman Zakaria
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil

4. Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan

5. Datuk Shahrul Zaman Yahya
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

6. Datuk Abdul Yunus Jamahri
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan

7. Datuk Mohd Zolkafly Harun
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam

8. Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin
Pengerusi, Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat

9. Mohd Akmal Kamarudin
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan

10. Khairul Shahril Mohamed
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia

11. Ahmad Saidi Mohamad Daud
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");