Perak Hari Ini

KPDNHEP Sita 127 Tong LPG Bernilai RM12 Ribu

IPOH- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perak telah menyita 127 tong LPG bersubsidi pelbagai jenama melibatkan nilai sitaan sebanyak RM12,493.20 di sebuah stor tanpa nombor di Simpang Pulai.

Ketua Pegawai Penguatkuasa, V Ravichandran berkata berkata, pada 17 Mei 2020, sepasukan Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah stor LPG yang sedang beroperasi berdasarkan risikan dan maklumat orang awam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pemilik stor telah gagal mengemukakan lesen barang kawalan berjadual berurusniaga barang kawalan LPG di premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis stor tersebut di dapati saspek memperolehi bekalan barang kawalan LPG daripada dua orang pembekal LPG.

“Pemilik premis telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta kawalan Bekalan 1961 dan bertindak sedemikian dan kemudiannya pasukan pemeriksaan telah menyita 127 tong LPG bersubsidi pelbagai jenama melibatkan nilai sitaan sebanyak RM12,493.20,” katanya.

Tambah beliau, pemilik premis disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu disyaki seseorang yang memiliki atau dalam kawalannya barang kawalan berjadual didalam keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah untuk melanggar Peraturan 3 (1) Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Tiada sesiapa boleh berniaga dengan cara jualborong atau jualruncit apa-apa barang kawalan berjadual atau jualruncit apa-apa barang kawalan berjadual kecuali mempunyai suatu lesen yang dikeluarkan dibawah Peraturan 4 dan menjadi kesalahan dibawah Peraturan 21 (1) Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

“Pembekal juga di siasat kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu seseorang yang memindahkan apa-apa barang kawalan atau menyebabkan atau membenarkan apa-apa barang kawalan dipindahkan daripada premis yang dilesenkan .

“Kesalahan lain yang di siasat keatas pembekal LPG kerana disyaki melanggar Peraturan 9 (2) (b) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu seseorang penjual borong tidak boleh menjual barang kawalan berjadual yang dia diberi kuasa memperniagakan dengan cara jualborong kepada mana-mana orang selain daripada seorang penjual borong atau penjual runcit yang diberi kuasa berniaga barang kawalan berjadual,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");