Membawang Hari Ini

Mak Wan Latah jual biskut raya

Setiap kali wanita ini membawa watak ‘mak-mak’ seperti Mak Senah dalam drama Kekasih Paksa Rela dan Mak Limah dalam 7 Hari Mencintaiku, Mak Wan Latah pasti ‘hanyut’ dalam karakter hingga melekat dalam hati penonton.

Mengaku terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lanjutan PKP Bersyarat (PKPB) hingga pernah dilaporkan wang kocek tinggal RM20, Mak Wan Latah tidak duduk diam mencari rezeki untuk menyambut Aidilfitri.

Sering menjual biskut raya dan juadah lain di bazar Ramadan dan karnival di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kali ini, Mak Wan Latah berniaga kecil-kecilan dari rumah.

“Saya buka tempahan tart nanas, chocolate chips dan semperit pelbagai perisa.

“Kali pertama berdepan situasi getir akibat penularan COVID-19, saya ambil tempahan setakat termampu.

“Dalam kalangan kawan-kawan, ada yang sudah menempah. Ada yang datang ambil di rumah, kalau jauh, saya guna khidmat penghantaran,” katanya kepada BH Online.

Mak Wan Latah atau nama sebenar, Halimaton Saadiah Mohd Daud, teringat kenangan menjual biskut raya dan juadah lain di PWTC, tahun lalu.

“Saya berniaga di PWTC kerana Didie Alias beri kiosk. Selalunya, dua minggu sebelum Aidifitri, saya sudah mula berniaga di situ.

“Malah, kalau ada peluang berlakon di negeri lain, saya akan curi peluang berniaga.

“Saya akan sertai karnival sampai ke Kedah dan Johor. Saya pernah sertai acara anjuran Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS),” katanya yang menjual biskut raya melalui Instagram @makwanju.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");