Membawang Hari Ini

Mamat Khalid Tayang ‘Manap Karaoke’ Di Stesen TV berbayar

KUALA LUMPUR : Pengarah filem, Mamat Khalid menyahut seruan kerajaan agar rakyat membiasakan diri dengan kehidupan normal baharu dengan menayangkan filem Manap Karaoke di Astro First.

Mamat berkata, langkah itu diambil berikutan pawagam masih belum dibenarkan beroperasi selepas kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat.

“Filem Manap Karaoke sudah lama siap. Namun, faktor kesibukan membuatkan tontonan terpaksa ditangguhkan. Apabila kami bersedia menayangkannya, tiba-tiba kerajaan menguatkuasakan PKP.

“Bagaimanapun, tawaran Astro untuk menayangkan filem ini di saluran Astro First ibarat sinar buat kami. Daripada filem ini terus terperap, lebih baik ditayangkan di saluran berkenaan,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Filem komedi Manap Karaoke yang membariskan pelakon terkenal seperti Joey Daud memegang watak Manap, Pekin Ibrahim (Rauf Bogiba) dan Mona Allen (Jamizan), akan mula ditayangkan di Astro First pada 7 Mei ini.

Mamat berkata, tawaran Astro tepat pada masanya kerana penerbit tidak sabar menayangkan filem berkenaan kepada penonton.

“Secara tidak langsung, kami menyahut saranan kerajaan untuk membiasakan diri dengan kehidupan normal baharu apabila memilih menayangkan filem ini di saluran berkenaan.

“Sebelum ini, kita tayang di pawagam diikuti saluran berkenaan,” katanya.

Mamat berkata, inisiatif itu diharap dicontohi penerbit lain sebagai alternatif filem ditayangkan terus kepada penonton.

“Dalam situasi hari ini, di mana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada masa depan industri perfileman, langkah menayangkan filem di Astro First dapat mengelak penerbit rugi.

“Bagaimanapun, usaha ini ada risikonya, iaitu muat turun secara haram. Sebelum ini pun pernah berlaku. Kita tidak boleh halang kerana perkembangan teknologi menggalakkan perbuatan itu terus berleluasa.

“Kita cuma boleh beri kesedaran pada penonton. Namun, jika itu berlaku, kita akan siasat. Mereka yang melakukan jenayah itu akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Filem Manap Karaoke mengisahkan Manap yang mendapat idea membuka pusat karaoke bergerak. Pelbagai insiden lucu berlaku termasuk rasa tidak puas hati pesaingnya, Rauf Bogiba dipaparkan dalam filem ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");