Perak Hari Ini

Minta Majikan Benarkan Suami Isteri Kerja Secara Bergilir Selesaikan Masalah Penjagaan Anak

IPOH- Kerajaan sedang meniliti prosedur operasi standard (SOP) bagi membuka semula pusat penjagaan kanak-kanak dengan memikirkan kaedah terbaik dalam membantu suami isteri yang berkerja.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menurut beliau perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah penjagaan anak.

Bagaimanapun, beliau memohon para majikan supaya dapat memberi sedikit kelonggaran kepada pasangan suami isteri untuk berkerja secara bergilir-gilir.

“Walaupun pusat-pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan SOP kesihatan yang tertentu, saya tahu ramai ibu bapa yang bimbang untuk menghantar anak-anak mereka.

“Jadi, kalau majikan boleh memberi sedikit kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang bekerja untuk datang ke tempat kerja secara selang-seli atau every alternate days, ini boleh membantu menyelesaikan masalah penjagaan anak,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, hari ini.

Beliau berkata, majikan digalakkan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau secara selang-seli bagi selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula.

“Hari ini isteri bekerja dari rumah, suami bekerja di pejabat. Esok suami bekerja dari rumah, isteri bekerja di pejabat. Jadi anak tak perlu dihantar
ke pusat jagaan. Hanya mereka yang tiada pilihan sahaja menghantar anak mereka.

“Secara tidak langsung ini dapat mengurangkan jumlah kanak-kanak di pusat penjagaan dan lebih mudahlah untuk penjaga mengurus anak-anak ini mengikut SOP kesihatan yang ditetapkan.

“Jadi saya nak minta tolong dengan majikan jika boleh benarkan pasangan suami isteri yang ada keperluan untuk menjaga anak-anak kecil di rumah supaya dibenarkan bekerja every alternate days atau bekerja dari rumah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");