Panasnya Hari Ini

Najib: PN Patut Teruskan Projek Mega Dihenti, Tunda Kerajaan PH

Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa Putrajaya untuk menyambung semula projek infrastruktur mega yang telah dihentikan atau ditunda ketika pentadbiran PH, bagi mempercepat pemulihan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Beliau percaya pelaksanaan projek sedemikian akan menyelesaikan masalah pengangguran yang disebabkan wabak Covid-19, kerana projek mega akan mengambil ramai pekerja.

“Kita menyambung balik projek-projek infrastruktur rakyat ini, sebab projek-projek infrastruktur rakyat ini akan sambung suntikan ekonomi besar kepada ekonomi kita,” katanya.

Najib menyebut projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, yang dikatakan akan membawa pembangunan sepanjang rel dan nilai tanah akan meningkat.

Begitu juga, katanya projek-projek ini akan menyediakan ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.

Beliau juga menunjukkan Mass Rapid Transit Line 3 (MRT3) yang sedang dikaji mesti dihidupkan kembali sementara Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diperlukan untuk membangunkan Pantai Timur Semenanjung

Memetik MalaysiaKini menurut Najib, wakil rakyat tidak akan menolak kerajaan PH sekiranya mereka meneruskan dan memperbaiki projek mega insfrastruktur dari era BN.

“Mereka sudah buat kesilapan yang amat besar, bila mereka masuk kerajaan, mereka hendak tolak semua yang dilakukan oleh BN, tanpa ia buat satu kajian sama ada apa yang dibuat itu baik atau tidak.

Sepatutnya, bila ia masuk kerajaan, mindset (pola fikiran) bukan mcam itu, ia (PH) patut teruskan apa yang baik dan improve what we have done.

“Jika ia buat macam itu hari ini mungkin dia masih berkuasa, tidak akan ditolak oleh rakyat…

“Akhirnya ditolak rakyat sebab rakyat nampak dalam 21 bulan tiada apa pun dia buat,” dakwa Najib.

Sementara itu, Najib mengulangi perlunya kerajaan PN menyusun rancangan pemulihan ekonomi nasional yang komprehensif yang akan mewujudkan pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat dan membantu perniagaan.

“Pada hemah saya, apa kita perlu bukan saja stimulus package (pakej rangsangan), tetapi satu pelan pemulihan ekonomi.

“Ia lebih luas tidak terhad kepada satu atau dua suntikan saja tetapi ia mesti ada satu perancangan yang berkesan, berterusan sehingga ekonomi pulih.

“Makna, konsep pemikiran kita mesti berubah daripada kita kita beri menyuntik kewangan saja kepada satu pelan pemulihan yang lebih menyeluruh lagi,” katanya.

Selain itu, Najib menasihatkan Putrajaya untuk berbelanja sebanyak yang mungkin untuk mempercepat pemulihan ekonomi akibat dampak buruk wabak Covid-19.

“Jadi dengan aset-aset dalam negara, kita mesti gunakan belanjakan sebanyak mungkin yang boleh, sebab kita tak harus bimbang kepada inflasi, sebab tak jadi ancaman inflasi.

“Jadi, apa yang kita boleh buat, kita belanja lebih supaya kita boleh pulihkan ekonomi negara kita,” gesa beliau.

Kata Najib lagi, kerajaan perlu meneruskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi meningkatkan kuasa beli pengguna.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");