Berita Hari Ini

Operasi Dihentikan…Ini 7 Hotel Yang Terpaksa ‘Gulung Tikar’ Akibat COVID-19!

Pandemik COVID-19 pastinya memberi tekanan hebat kepada industri pelancongan.

Antara yang terkesan sudah tentunya pengusaha hotel yang terbeban akibat ketiadaan pelanggan.

Malah, menurut Persatuan Hotel Malaysia (MAH), sebanyak 15 peratus hotel di Malaysia terpaksa menghentikan operasinya disebabkan isu COVID-19.

Namun, apa yang mengejutkakan senarai hotel yang tutup ini bukanlah biasa-biasa, malah ada yang bertaraf lima bintang!

Ini merupakan senarai tujuh hotel yang telah hentikan operasi mereka ketika COVID-19.

#1 Jazz Hotel

Jazz Hotel terletak di Tanjung Tokong, Penang telah mengakhiri operasinya pada 30 April 2020 lalu.

#2 G City Club Hotel

Hotel bertaraf lima bintang ini bakal beroperasi sehingga 30 April ini saja.
#3 Kinta Riverfront Hotel & Suites

Antara yang popular di Ipoh, Perak.

Hotel empat bintang ini akhirnya terpaksa akur apabila mengakhiri operasinya 30 April lalu.
#4 Tower Regency Hotel

 

Juga antara yang cukup popular di Ipoh Perak.

Hotel yang menjadi penempatan golongan VIP ini juga telah menamatkan operasinya 30 April 2020.
#5 Ramada Plaza Melaka

Sebelum ini ia dikenali sebagai Renaissance Melaka.

Setelah 39 tahun beroperasi, ia dijangka menamatkan perkhidmatannya pada 30 Jun ini.

#6 Jerejak Island Resort

Penutupan hotel ini telah disahkan oleh Pengerusi MAH Pulau Pinang, namun kenyataan rasmi akan dimaklumkan kemudian.

#7 Penaga Hotel

Hotel di Pulau Pinang ini telah pun ditutup pada 30 April lalu akibat pandemik COVID-19.
Sumber: Malay Mail, World Of Buzz

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");