Sukan Hari Ini
Like

Ozil Timbang Masa Depan Di Arsenal

May 12, 2020
321 Views
0 Comments
1 minute read
Ozil Timbang Masa Depan Di Arsenal

PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil bersedia untuk kekal di Emirates pada musim panas ini, menurut ejen pemain itu.

Harian Metro yang memetik Agensi melaporkan masa depan Ozil menjadi perbualan utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ketika wakil Turki, Fenerbahce berkata kelab itu akan menjadi destinasi pilihan utama perancang tengah itu jika dia tidak lagi bersama Gunners.

Bagaimanapun, pemain Jerman itu mempunyai masa depan cerah selepas kerap berada dalam barisan permulaan pasukan Arsenal sejak Mikel Arteta mengambil alih, dan ejen Ozil, Erkut Sogut mendedahkan dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya pada tahun depan.

Bercakap kepada beIn Sport, Sogut berkata : “Mesut mempunyai satu tahun kontrak lagi. Tidak akan ada perubahan dalam hal ini. Jadi apa yang berlaku kemudian, hanya masa akan menentukannya.

“Mesut akan berusia 32 tahun dan mempunyai beberapa tahun lagi dalam kariernya. Mesut dan keluarganya akan membuat keputusan. Ia pastinya antara yang terbaik buat semua.

“Saya tidak boleh bercakap mengenai Mesut dan Fenerbahce kerana saya tidak mempunyai hak untuk berbicara mengenai perkara ini mengikut prinsip kepercayaan.”

Sejak tiba dari Real Madrid pada 2013, Ozil sudah menjaringkan 44 gol daripada 254 penampilan dalam semua kejohanan buat Gunners.

Komen & Pendapat

Comments are closed.