Berita Hari Ini

PAS umum cukup majoriti, dakwa 4 Adun Bersatu tak sokong Mukhriz

PAS Kedah mengumumkan Perikatan Nasional mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

Dalam sidang media sebentar tadi, Pengarah Pilihan Raya PAS Muhamad Sanusi Md Nor berkata bahawa seramai 19 Adun di Kedah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau turut mendakwa bahawa sebanyak 23 Adun termasuk empat daripada Bersatu telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.

“23 Ahli DUN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz selaku menteri besar Kedah.

“Yang saya sebutkan tadi ialah 15 (Adun) daripada PAS, dua daripada BN dan dua bekas ahli PKR yang telah keluar parti tengah hari tadi dan empat Adun Bersatu.

Mukhriz Mahathir

“Dengan kehilangan kepercayaan, maka kerajaan PH Kedah telah jatuh dan hilang keabsahan kuasa selaku kerajaan negeri Kedah berkuat kuasa serta-merta.

“Justeru itu, atas kesepakatan bersama 19 daripada 23 Adun yang hadir pada hari ini bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Kedah yang baru atas nama kerajaan PN,” katanya kepada pemberita.

Malaysiakini difahamkan Sanusi dicalonkan PAS Kedah sebagai menteri besar.

Sanusi juga Adun Jeniri berkata bahawa proses peralihan kuasa akan dibincangkan oleh pemimpin PN di peringkat persekutuan.

“Bagi menyempurnakan proses peralihan kuasa secara tertib dan aman mengikut acuan negeri Kedah.

“Maka presiden parti-parti gabungan dalam PN di peringkat persekutuan akan mengemukakan calon menteri besar Kedah yang baru melalui setiausaha kerajaan negeri bagi perkenan seterusnya menerima tauliah lantikan daripada Sultan Kedah,” katanya.

Ketika ditanya apakah PN negeri Kedah mempunyai calon MB, Sanusi membalas bahawa gabungan PN peringkat telah mempunyai seorang sebagai calon menteri besar.

“Ada nama, tapi tak boleh diumumkan. Presiden parti peringkat pusat akan mengumumkan melalui setiausaha negeri.

Berkaitan soalan lain berhubung pendirian empat Adun Bersatu tidak sokong Mukhriz, Sanusi berkata bahawa kesemua empat adun ini membuat sidang media secara berasingan.

Setakat ini Mohd Firdaus Ahmad (Kuah) dan Halimahton Saadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) telah mengaku menukar kem.

Katanya tiga orang telah menyerahkan akuan bersumpah di hadapan setiausaha kerajaan negeri pagi tadi dan seorang lagi akan berbuat demikian esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");