Perak Hari Ini

Perak Mula Benarkan Solat Jumaat Di Masjid Tetapi Tidak Melebih 12 Orang

IPOH- Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membenarkan Solat Jumaat diadakan di masjid dan surau diri Jumaat di negeri Perak mulai 15 Mei 2020 bersamaam dengan 22 Ramadan 1441H.

Bagaimanapun, ketetapan tersebut perlu mengikut saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditatapkan.

Keputusan dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berpandukan pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, perkara-perkara tersebut tertakluk kepada beberapa syarat antaranya bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang termasuk imam dan khatib.

“Pengerusi Jawatankuasa Kariah hendaklah mengenal pasti, dan menetapkan bahawa jemaah yang dibenarkan hadir terbatas kepada kalangan Ahli Jawatankuasa Kariah dan Pegawai masjid/surau.

“Bagi jemaah yang berusia 60 tahan keatas tidak digalakkan untuk jemaah sekali.

“Tempoh masa bermula azan, khutbah hingga selesai Solat Jumaat, begitu juga tempoh mula bertakbir hingga selesai khutbah Solat Aidilfitri di dalam masjid dan surau dihadkan tidak melebihi 20 minit,” katanya.

Tambah beliau, Solat Sunat Aidilfitri turut dibolehkan diadakan di masjid dan surau pada pagi Hari Raya Aidilfitri.

Namun begitu, masjid dan surau diri masih tidak dibuka kepada orang awam, sebaliknya kebenaran ini hanya diberikan kepada ahli Jawatankuasa Kariah dan Pegawai masjid dan surau.

“Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau diri Jumaat wajib memastikan semua syarat di atas dipatuhi di mana jika gagal untuk memenuhi kesemua syarat dan panduan yang ditetapkan, tidak dibenarkan untuk melaksanakan Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri berkenaan.

“Teks khutbah Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri hendaklah ringkas dan padat, dengan masa penyampaian tidak melebihi 10 minit, disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK),” katanya.

Tambah beliau, JAIPK akan mengeluarkan satu garis panduan kaedah pelaksanaan Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau diri Jumaat di negeri Perak serta selanjutnya menyelia dan memastikan garis panduan dipatuhi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");