Panasnya Hari Ini

23 ADUN Dijangka Menghadap Sultan Kedah Esok

ALOR SETAR: Semua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan negeri baharu dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar esok.

Ia susulan perkembangan politik di negeri itu selepas mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong kepimpinan baharu menggantikan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sumber berkata, menjadi amalan biasa bagi pihak istana untuk bertemu dan mendengar sendiri perkembangan berkenaan daripada semua wakil rakyat terbabit sebelum baginda memperkenankan sebarang keputusan.

“Sebelum ini, ketika krisis politik di Kedah pada 2015 yang turut membabitkan Datuk Seri Mukhriz, Jemaah Pemangku Sultan juga mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Adun.

“Selepas selesai menghadap nanti, kita harap proses yang berlaku selepas itu akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan semalam, ketiga-tiga presiden parti menghadap Sultan Sallehuddin di ibu negara berhubung krisis berkenaan.

Selasa lalu, PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 Adun di negeri itu.

Ia selepas Adun Lunas Azman Nasrudin dan Adun Sidam Dr Robert Ling Kui Ee mengumumkan keluar PKR selain sokongan daripada empat Adun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Adun Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad, Adun Kuah, Mohd Firdaus Ahmad dan Adun Ayer Hangat, Juhari Bulat turut menyatakan sokongan kepada PN.

Perkembangan itu menjadikan kedudukan terkini Dun Kedah ialah Pas menguasai 15 kerusi, PKR (5), Amanah (4), Bersatu-PN (4), Bersatu-Pakatan Harapan (2), Umno (2), Dap (2) dan Bebas dengan dua kerusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");