Perak Hari Ini

PKPB Tak Halang Laksana Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MBI

IPOH- Seramai 17 Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) termasuk Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis khas yang diadakan secara berperingkat dari tiga kumpulan berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pada hari ini.

Datuk Bandar Ipoh bagaimanapun telah mengetuai kumpulan pertama mengangkat sumpah jawatan.

Tempoh lantikan tersebut akan berkuatkuasa bermula dari 4 Mei 2020 hingga 3 Mei 2021.

Kuota jawatan berkenaan adalah masing-masing empat Ahli Majlis mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), empat dari PAS dan lapan mewakil Barisan Nasional (BN).



MBI dalam satu kenyataan berkata, semoga pelantikan Ahli Majlis ini akan menjadi penghubung antara MBI dan wargakota Ipoh serta meneruskan kecemerlangan MBI sebagai antara PBT Terbaik di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");