Perak Hari Ini

PPPNP Beri Bonus Sempena Aidilfitri Kepada 693 Kakitangan Bergaji Harian

IPOH: Seramai 693 kakitangan bergaji harian Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) menerima bonus bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mana kesemuanya berjumlah RM 937,635.

Dalam satu kenyataan, PPPNP berkata atas dasar keprihatinan, pengurusan perbadanan telah meluluskan pembayaran bonus buat pertama kalinya kepada kakitangan bergaji harian sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM 1,100.

Acara penyerahan disempurnakan dalam Majlis Ingatan Aidilfitri bersama kakitangan PPPNP di Dewan Agro, Kompleks Kakitangan Sungai Galah, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP Yahanis Yahya berkata walaupun perayaan Aidilfitri kali ini berbeza dengan sebelumnya namun ianya tetap harus disambut dengan keceriaan.

“Hari Raya tahun ini mungkin berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Namun, kita harus menyambut hari kemenangan ini dengan penuh keceriaan,” katanya.

Menurut salah seorang kakitangan bergaji harian Perak Agro Nursery, Zubaidah Salleh dia mengucapkan terima kasih kepada PPPNP atas sumbangan bonus pekerjaan harian tersebut.

“Pemberian bonus ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang menghadapi situasi sukar ketika pandemik Covid-19 dan persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

“Selama kami bekerja, ini merupakan pertama kalinya pekerja bergaji harian menerima bonus seumpama ini,” katanya.

Pada masa sama, PPPNP memaklumkan pada tahun kedua ini, pemberian insentif Aidilfitri diberikan kepada 1,991 kakitangan tempatan sebanyak setengah bulan gaji dengan melibatkan peruntukan RM 1.23 juta.

Sebagai tambahan, PPPNP turut menyumbangkan pek Aidilfitri yang mengandungi barangan termasuk kuih raya, kurma dan pulut susu kepada 1,808 orang kakitangan yang bernilai RM 90.00 setiap pek.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");