Membawang Hari Ini
Like

Tak Sanggup Buang Pekerja, Mila Jirin Jual Kek Untuk Bayar Gaji

May 17, 2020
244 Views
0 Comments
1 minute read
Tak Sanggup Buang Pekerja, Mila Jirin Jual Kek Untuk Bayar Gaji

Susulan penularan wabak COVID-19, boleh dikatakan ramai yang terjejas pendapatan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Malah, banyak perniagaan turut mengalami kerugian.

Turut berdepan nasib sama, penyanyi Mila Jirin yang juga pemilik perancang perkahwinan Bizmilla turut berdepan detik sukar apabila terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.

Mila berkata dia tidak sanggup melihat pekerja-pekerjanya hilang punca pendapatan memandangkan mereka juga mempunyai keluarga dan mencari inisiatif lain dengan menjual kek untuk membayar gaji para pekerja.

“Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang, saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit,

“Terutama kos pengurusan (Gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan. Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan.

“Kita buat lah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama sama mendapat pendapatan,” katanya.

Dalam pada itu, Mila bersyukur kerana pekerjanya bersatu hati untuk memulakan akvititi perniagaan bersama syarikatnya. Ujarnya, idea menghasilkan manisan di bulan Ramadan serta majlis yang diadakan di rumah dicetuskan oleh para pekerjanya.

“Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji.

Mila berkata lagi, meskipun kos operasi dan pengurusan menelan belanja hampir setengah juta sebulan namun dia tetap berfikiran positif untuk berjuang bersama pekerjanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.