Berita Hari Ini

10 ‘samseng jalan kantoi’

PORT DICKSON: Polis menahan 10 lelaki berusia antara 17 hingga 24 tahun selepas didapati menunggang motosikal secara berbahaya, di Jalan Bypass di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kesemua mereka ditahan dalam Op Samseng Jalan Unit Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Daerah Port Dicskon, antara jam 2 pagi hingga 3.30 pagi.

“Seramai sembilan warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana melakukan kesalahan bersaing sesama sendiri, memotong antara satu sama lain, membuat aksi mengangkat tayar hadapan, melanggar lampu isyarat merah dan membuat pusingan ‘U’ beberapa kali mulai lampu isyarat Kampung Arab hingga lampu isyarat Kampung Paya.

“Lelaki Indonesia berusia 24 tahun bekerja sebagai kalindan lori turut ditahan kerana terbabit kegiatan lumba haram,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Katanya, semua penunggang akan dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini untuk permohonan reman.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");