Perak Hari Ini

19 Pasar Tani Di Perak Kembali Dibenarkan Beroperasi

IPOH: Selepas hampir tiga bulan, akhirnya 19 daripada 29 buah pasar tani di seluruh Perak kembali dibenarkan beroperasi mengikut jadual, bermula hari ini

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Negeri Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata pembukaan kesemua pasar tani itu sebagai usaha memastikan rantaian pembekalan makanan dapat terus dijual kepada rakyat.

Katanya, ia juga dapat menjana kembali sumber pendapatan para usahawan yang terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara pasar tani yang dibuka ialah Kampung Simee, Medan Gopeng dan Taman Kledang di daerah Kinta dan Kampar; Taiping, Bagan Serai dan Selama (Larut Matang, Selama dan Kerian).

Turut dibuka pasar tani di Tanjung Malim dan Masjid Tapah (Batang Padang dan Mualim); Lenggong (Gerik); Kuala Kangsar, Sungai Siput dan Kampung Perlop 2 (Kuala Kangsar); Seri Iskandar, Kampung Gajah, Parit, Changkat Lada dan Parit 2 (Perak Tengah) serta Langkap (Teluk Intan).

Katanya beberapa pasar tani yang masih belum dibuka buat masa ini masih menunggu keputusan kebenaran beroperasi pemilik lokasi seperti pihak berkuasa tempatan dan ahli jawatankuasa masjid setempat.

“Kesemua pasar tani ini beroperasi dengan kita mengurangkan jumlah peniaga terlibat. Ini kerana kita mahu ada penjarakan sosial antara satu khemah dengan khemah lain.

“Selain itu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak turut akan menempatkan para pegawai bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman dan pemeriksaan suhu dipatuhi pengunjung dan peniaga.

“Kita menggalakkan pengunjung warga emas untuk memakai pelitup muka,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Selain itu, ujar beliau pasar tani yang terawal di buka ialah di Parit 2 iaitu beroperasi hari ini bermula pada jam 4 petang sehingga 10 malam.

Dalam pada itu beliau berkata beberapa lokasi tapak pasar tani di Kuala Kangsar dan Teluk Intan akan diubah ke satu lokasi lain yang akan diumumkan kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");