Perak Hari Ini

9 Premis Dikompaun Serta Merta Sepanjang Skim Harga Maksimum

TAIPING- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini telah membuat pemeriksaan terhadap 601 premis perniagaan di peringkat borong dan runcit sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2020.

Ketua Cawangannya, Rozana Hashim berkata, melalui pemeriksaan tersebut, sebanyak sembilan kes telah dikenakan tindakan kompaun serta merta.

“Bermula daripada 20 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020, pihaknya mengenakan tindakan kompaun serta merta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dengan keseluruhan nilai kompaun bernilai RM4,750,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu katanya, semalam pihaknya telah menjalankan pemeriksaan khas dan didapati terdapat tiga peniaga runcit gagal meletakkan tanda harga pada barang jualan.

“Terdapat tiga peniaga runcit yang diperiksa didapati telah gagal meletakkan tanda harga ke atas cili kering dan tomato yang merupakan antara barang yang dikawal harganya dalam Skim Harga Maksimum.

“Ketiga-tiga peniaga melakukan kesalahan di bawah Perintah 3 (1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Peruncit) 1993 di mana ianya merupakan tindakan kes pertama diambil ke atas ketiga-tiga premis runcit ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");