Berita Hari Ini

COVID-19: Makkah diselubungi suasana kosong, terlalu lengang

Suasana terlalu lengang serta kosong – dan kebimbangan akan kehancuran ekonomi – menyelubungi Makkah yang lazimnya cukup sibuk, selepas pihak berkuasa Arab Saudi mengehadkan ibadat haji tahun ini akibat pandemik COVID-19.

Tanah Suci itu biasanya dipenuhi jutaan jemaah haji, setiap tahun, namun Arab Saudi melarang mereka dari luar negara untuk masuk menunaikan ibadat kali ini susulan penularan wabak berkenaan.

Bilangan jemaah haji dan umrah mencatatkan penurunan ketara, sekali gus menjejaskan ekonomi di Makkah membabitkan kira-kira AS$12 bilion.

Ledakan projek pembinaan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan pertambahan pasar raya, pangsapuri dan hotel mewah tetapi kebanyakan premis kini begitu lengang.

Perniagaan yang bergantung pada kunjungan jemaah serta mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, daripada ejen pelancongan sehinggalah kedai cenderamata dan tukang gunting rambut di jalanan, jelas merudum akibat pandemik itu.

Malah, banyak kes pemberhentian kerja, gaji dipotong atau penangguhan bayaran upah telah dilaporkan.

“Tiada jualan, kosong pendapatan.

“Kami tidak biasa melihat Makkah kosong. Ia terasa seperti sebuah ‘bandar mati’. Ia memberikan kesan begitu teruk,” kata warga Mesir yang bekerja bawah sebuah agensi pelancongan di Tanah Suci itu, Ahmed Attia, 39.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengumumkan hanya kira-kira 1,000 jemaah sedia ada di Arab Saudi akan dibenar menunaikan ibadat haji kali ini, berbanding 2.5 juta jemaah pada tahun lalu.

Arab Saudi mencatatkan angka jangkitan COVID-19 yang tertinggi di Teluk membabitkan lebih 178,000 kes disahkan bersama 1,511 kematian, setakat ini. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");