Perak Hari Ini

Gunakan MySejahtera Untuk Berurusan Dengan Kerajaan Negeri Dan PBT – MB Perak

IPOH: Perak menetapkan rakyat di negeri ini yang hendak berurusan di premis kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) hendaklah memuat turun serta mendaftar dengan aplikasi MySejahtera terlebih dahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata langkah itu bagi memudahkan urusan kemasukan dan pendaftaran ke premis kerajaan selain dapat mengawal penularan COVID-19 dengan lebih berkesan.

Katanya lagi perkara tersebut mula berkuatkuasa serta merta.

“Dalam mesyuarat Exco hari ini, kita telah membuat keputusan agar rakyat yang hendak berurusan dengan kerajaan negeri dan PBT hendaklah menggunakan MySejahtera.

“Ia dapat memudahkan lagi urusan untuk mengesan dan mengenal pasti mana-mana individu yang bergejala,” katanya dalam sidang media POP Travels Cer Citer, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Selain itu beliau berkata kerajaan negeri menyambut baik inisiatif kerajaan Persekutuan dalam membangunkan aplikasi MySejahtera.

Katanya aplikasi tersebut turut dapat membantu orang ramai mengenal pasti sama ada lokasi persekitaran mereka bebas daripada jangkitan COVID-19 atau sebaliknya.

Dilaporkan, sehingga Jumaat minggu lalu, aplikasi MySejahtera mempunyai 770,216 pendaftaran dan 929,276 penilaian kesihatan.

Aplikasi MySejahtera diperkenalkan pada April lalu, antaranya sebagai usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, dengan fungsi membantu pengguna mengenal pasti tahap kesihatan sepanjang penularan wabak itu.

MySejahtera juga berfungsi membantu pengguna mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19, selain mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk membuat pemeriksaan dan rawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");