Perak Hari Ini

BERSATU Perak Akan Terus Sokong Kepimpinan Muhyiddin Yassin

IPOH- Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perak akan terus memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Presiden Parti Pribumi BERSATU Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERSATU Perak dalam satu kenyataan berkata, mereka menyokong sepenuhnya keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi BERSATU Malaysia.

“Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perak menyokong sepenuhnya keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat MPT Parti Pribumi BERSATU Malaysia dan seterusnya menyatakan sokongan padu terhadap penubuhan pembentukan Kabinet Kerajaan Malaysia hari ini yang dikenali sebagai Kerajaan Perikatatan Nasional (PN).

“Kami barisan Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perak juga akan terus memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8 dan juga mengekalkan jawatan beliau sebagai Presiden Parti keramat Parti Pribumi BERSATU Malaysia,” katanya.

Kenyataan BERSATU Perak dibuat bersama Ketua Bahagian, Ketua Srikandi Bahagian serta Ketua Armada Bahagian, hari ini.

Tegas kenyataan tersebut, PN merupakan sebuah gabungan politik baru demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara khususnya di Negeri Perak.

Jelas mereka, keputusan sebulat suara dibuat selepas Parti Pribumi BERSATU Malaysia dengan secara rasmi telah membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan (PH).

“Menerusi Mesyuarat MPT bertarikh 23 Februari 2020, BERSATU Perak telah menyatakan hasrat untuk keluar dari PH dan sekaligus membentuk sebuah gabungan parti politik baru bersama-sama dengan parti politik yang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");