Membawang Hari Ini
Like

Haram Dipakai, dUCk Tarik Balik Jualan Tali Leher Marvel

June 19, 2020
325 Views
0 Comments
1 minute read
Haram Dipakai, dUCk Tarik Balik Jualan Tali Leher Marvel

Semalam jenama terkemuka dUCk melancarkan kolaborasi eksklusif Marvel dengan memperkenalkan tudung serta aksesori mewah tali leher pertama mereka bersempena dengan sambutan Hari Bapa.

Bagaimanapun, selepas 24 jam dilancarkan pihak dUCK mengumumkan penarikan semula penarikan semula jualan tali leher tersebut buat semua pelanggan lelaki mereka yang beragama Islam.

Difahamkan, penarikan itu dilakukan berikutan tali leher itu diperbuat daripada 100% kain sutera dan hukumnya adalah haram buat lelaki Islam untuk memakai mana-mana pakaian mahupun perhiasan yang diperbuat daripada sutera.

Menerusi kenyataan di Instagram, pihak dUCK memohon maaf kerana terlepas pandang tentang perkara itu dan memaklumkan akan memulangkan semula wang buat mereka yang sudah membeli koleksi tersebut serta menghentikan penjualan tali leher berkenaan.

dUCk juga menyatakan pihak mereka akan memberikan tali leher berkenaan kepada pekerja barisan hadapan lelaki yang bukan beragama Islam.

Komen & Pendapat

Comments are closed.