Perak Hari Ini

4 Jabatan KDN Di Pedalaman Terima Insentif Bermula 1 Jun

ULU KINTA- Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (BIMLTK) kepada empat jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai 1 Jun 2020.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, inisiatif berkenaan memberi faedah kepada kira-kira 1,200 orang pegawai serta anggota yang bertugas di 98 fasiliti.

Katanya, bayaran tersebut bakal diberikan setiap bulan kepada anggota yang terlibat mengikut tiga kategori pedalaman dengan jumlah RM500, RM1,000 dan RM1,500.

“Sebagai tanda penghargaan dan galakan kepada anggota yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kerajaan telah bersetuju meluluskan pemanjangan BIMLTK kepada empat jabatan atau agensi di bawah KDN.

“Penentuan kategori tersebut berdasarkan kepada tahap kesukaran yang dinilai mengikut aspek-aspek kesampaian dari segi aspek-aspek kesampaian iaitu aksesibiliti, kemudahan asas dan kemudahan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Pangkat Posthumous Skim Ex-Gratia Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Bagi Koperal Safuan Mohamad Ismail di Mes Pegawai Kanan Briged Utara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

Menurut beliau, empat jabatan tersebut terdiri dari Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tambahan itu, pecahan bayaran tersebut juga akan disalurkan kepada anggota yang bertugas di negeri-negeri tertentu sahaja.

Sebelum ini, bayaran insentif berkenaan hanya diberikan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");