Perak Hari Ini

Kes Rogol Bekas Exco: 16 Julai Tarikh Sebutan Semula

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 16 Julai sebagai tarikh bagi keputusan sebutan semula, kes membabitkan Bekas Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong atas tuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia pada Julai tahun lalu.

Hakim Harith Sham Mohamed Yasin membuat keputusan itu sementara menunggu tarikh perbicaraan ditetapkan di Mahkamah Persekutuan bagi memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, kes pada hari ini dijalankan tanpa kehadiran Paul Yong dan hanya diwakili peguam Farhan Sapian.

Dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili Paul Yong ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihaknya masih menunggu pihak mahkamah untuk menetapkan tarikh bicara di mahkamah persekutuan.

“Kami masih lagi menunggu pihak mahkamah menetapkan tarikh bicara di mahkamah persekutuan.

“Hakim telah menetapkan tarikh sebutan dahulu sementara menunggu kemaskini daripada mahkamah persekutuan sama ada tarikh bicara akan ditetapkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu kata beliau, pihak pendakwaan yang diwakili Naidatul Athirah Azman juga memohon tarikh perbicaan kerana kes berkenaan telah ditangguhkan beberpa kali di mana kes melibatkan kakitangan kerajaan sepatutnya selesai dalam tempoh enam bulan.

“Pihak pendakwaan juga telah memohon tarikh bicara ditetapkan, namun demikian, hakim mahkamah telah bersetuju untuk menetapkan tarikh sebutan terlebih dahulu memandangkan rekod rayuan telah disediakan dan dihantar ke mahkamah persekutuan,” katanya.

Pada 23 Ogos 2019, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong, mengaku tidak bersalah merogol pembantu rumahnya, warga Indonesia berusia 23 tahun di bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");