Isu Panas

Perak Negeri Pertama Laksanakan Kaedah e-Payment Di Mahkamah Syariah Bermula Julai

IPOH: Perak menjadi negeri pertama yang seumpamanya di negara ini yang melaksanakan sistem pembayaran elektronik atau ‘e-payment’ bagi semua transaksi di sembilan Mahkamah Syariah bermula 1 Julai.

Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid berkata perlaksanaan bayaran tanpa tunai itu bertujuan memberi kemudahan kaedah bayaran khususnya kepada orang ramai dalam apa jua urusan membabitkan mahkamah tersebut.

“Perkhidmatan e-payment ini melibatkan semua jenis urusan sama ada berkaitan pendaftaran kes ataupun pembayaran denda.

“Misalnya dan kes jenayah apabila ada hukuman yang membabitkan pembayaran denda, jadi pihak yang dikenakan itu boleh membuat secara e-payment.

“Antara contoh kesnya adalah berkaitan kesalahan khalwat, judi dan meminum minuman yang memabukkan,” katanya.

Walau bagaimanapun jelas beliau perkhidmatan bayaran secara tunai masih lagi disediakan namun pembayaran tanpa tunai amat digalakkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran e-Payment Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Deposit dan Pengurusan Tunai Bank Islam, Mohd Noor Jab berkata kerjasama antara Bank Islam dengan jabatan tersebut dalam penyediaan perkhidmatan e-payment itu adalah yang pertama.

“Usaha ini adalah kerjasama yang baru antara Bank Islam dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

“Sebelum ini Bank Islam ada menjalinkan kerjasama dengan Mahkamah Sesyen melalui perkhidmatan e-jamin.

“Kali ini dengan mahkamah syariah di Perak kita akan menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai melalui kaedah ‘JomPay’, ‘Snap and Pay’, serta kaedah pembayaran melalui kad debit dan kad kredit,” jelas beliau.

Tambahnya urusan pembayaran melalui e-payment bukanlah perkara baru namun semenjak wabak COVID-19 melanda negara, penggunaan perkhidmatan tersebut semakin meningkat dalam kalangan orang ramai.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Hakim Syarie Negeri memaklumkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jabatan Kehakiman Syariah Perak telah menerima sekitar 500 panggilan bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan khidmat nasihat berkenaan hal rumah tangga.

Selain itu Asa’ari memaklumkan sepanjang tempoh sama tiada sebarang rekod perkahwinan tanpa kebenaran di negara jiran dicatatkan susulan penutupan pintu sempadan negara semasa PKP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");