Berita Hari Ini

Lelaki Mabuk Rempuh Kedai Makan

AMPANG: Seorang lelaki dipercayai mabuk merempuh sebuah kedai makan dan menyebabkan seorang pelanggan cedera di Taman Melawati di sini, malam tadi.

Harian Metro melaporkan, dalam kejadian 8.30 malam itu, pemandu Perodua Myvi terbabit turut merempuh dua kereta menyebabkan kerosakan teruk.

Saksi kejadian, Nik Norizan Ali, 28, berkata dia dan suami, Muhamad Ezani Misfar@Hussein, 42, sedang menguli tepung roti canai di kedai sebelum terkejut mendengar bunyi dentuman kuat di persimpangan hadapan kedainya.

Katanya, dia lihat Perodua Myvi dari arah hadapan melanggar Perodua Bezza dipandu seorang wanita yang datang dari arah kiri menyebabkan kereta wanita itu berpusing.

“Kereta suspek kemudian terbabas dan melanggar pula sebuah kereta yang diparkir di hadapan kedai sebelum merempuh kedai kami.

“Pada masa sama, seorang pelanggan yang duduk menunggu sate terbaring dan berlumuran darah di kepala.

“Saya tidak pasti dia dilanggar kereta atau dihempap meja. Saya menghubungi ambulans untuk bantuan tapi lelaki itu bangun dan berlari ke arah Balai Polis Taman Melawati yang terletak berhampiran,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nik Norizan yang menjalankan perniagaan sarapan pagi berkata, keadaan ketika itu menjadi kelam kabut namun orang ramai sempat menarik keluar lelaki itu dari kereta.

“Lelaki itu dipercayai mabuk dan terdapat dua tin minuman keras di dalam keretanya. Beberapa anggota polis yang tiba di lokasi menahan lelaki itu dan membawanya menaiki kenderaan polis,” katanya.

Katanya, suaminya bersama peniaga lain dan pemilik kereta yang dirempuh membuat laporan di Balai Polis Trafik Pandan Indah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail mengesahkan kejadian dan suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");