Perak Hari Ini

Mula dibuka Hari Ini, Zoo Taiping Benarkan Kehadiran Kanak-Kanak

TAIPING- Setelah hampir tiga bulan Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) ditutup untuk lawatan orang awam, hari ini ianya kembali dibuka semula namun perlu mengikut perlaksanaan sistem operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun berbeza dengan SOP pasaraya, yang menariknya kanak-kanak tanpa had umur dibenarkan untuk mengunjungi Zoo Taiping & Night Safari.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, situasi berbeza berbanding pasaraya kerana kanak-kanak yang tak dibenarkan untuk pasaraya serta kawasan sesak.

“Tiada peraturan spesifik tetapi kita menganjurkan kanak-kanak untuk memakai pelitup muka pada setiap waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa mengadakan lawatan kerja sempena pembukaan semula ke Zoo Taiping dan Night Safari di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihak ZTNS turut menawarkan diskaun kepada semua pengunjung bagi tempoh sebulan sempena pembukaan semula zoo berkenaan.

“Bermula 15 Jun hingga 15 Julai 2020, Zoo Taiping & Night Safari menawarkan potongan harga sebanyak 20 peratus kepada semua pengunjung yang mengunjungi Zoo Taiping dan Night Safari,” katanya.

Menurut beliau, Zoo Taiping & Night Safari telah dibuka semula kepada orang awam dengan pembudayaan norma baharu dan SOP ketika mengunjungi Zoo Taiping & Night Safari.

“Beberapa saranan utama yang diharapkan pihak pengunjung dapat patuhi iaitu sekiranya pengunjung mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema pengunjung disarankan untuk tidak mengunjungi ZTNS, sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, sentiasa membawa cecair sanitasi tangan dan mengekalkan jarak satu meter dari orang lain.

“Pihak ZTNS turut mengalakkan pengunjung untuk memuatnaik dan mengunakan aplikasi MySejahtera ke telefon bimbit masing-masing dan digalakkan untuk membuat pembelian tiket ZTNS atas talian iaitU menerusi laman sesawang rasmi Zoo Taiping & Night Safari https://zootaiping.gov.my/,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");