Perak Hari Ini

Langgar SOP: Pasar Malam Boleh Diarah Tutup

TAIPING- Kerajaan Perak telah membenarkan operasi pasar terbuka atau pasar pagi, pasar malam dan bazaria supaya dibuka secara berperingkat bermula hari ini mengikut lokasi-lokasi yang telah dipilih oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagaimanapun, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, jika terdapat pelanggaran sistem operasi standart (SOP), tindakan tutup kepada pasar tersebut bakal di ambil.

Menurut beliau, SOP pasar terbuka telahpun disiap siagakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

“SOP ini akan mengandungi perkara-perkara asas yang perlu dipatuhi tetapi akan ditambah baik mengikut lokaliti PBT masing-masing.

“Setiap PBT akan menganalisa, meneliti dan berbincang semula dengan persatuan atau penganjur pasar malam, pasar tani dan pasar pagi untuk mematuhi SOP supaya dapat dikekalkan dan dipatuhi sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa mengadakan lawatan kerja sempena pembukaan semula ke Zoo Taiping dan Night Safari di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi, kebanyakkan PBT akan membenarkan pengoperasian bermula pada 15 Jun dan keatas mengikut persetujuan pihak PBT dan penganjur.

Katanya sebagai contoh, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mula membenarkan operasi gerbang malam bermula pada hari ini.

“Diperingkat negeri, kita menyarankan pasar malam untuk beroperasi bermula 5 petang hingga 10 malam tetapi bagi gerbang malam pula akan dilewatkan selama satu jam iaitu sehingga 11 malam,” katanya.

Tambah beliau, perkara asas pematuhan SOP kepada pelanggan ialah apabila tiba di lokasi perlu mendaftaran di MySejahtera, semakan suhu badan, jarak satu meter antara gerai, serta perlaksanaan laluan masuk dan keluar satu hala.

“Untuk peniaga, mereka juga disarankan untuk mematuhi SOP bagi peniaga seperti memakain kelengkapan diri termasuk pelitup muka, apron pakai buang dan banyak lagi.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");