Berita Hari Ini

Pawagam, Teater, Persembahan Langsung Dibenarkan Mulai 1 Julai

PUTRAJAYA: Kegiatan pawagam, teater dan acara persembahan langsung dibenarkan beroperasi semula bermula 1 Julai ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata kegiatan itu hanya dibenarkan di dewan tertutup dengan peserta tidak boleh melebihi 250 hadirin, tertakluk kepda kapasiti dewan.

Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama berkenaan penjarakan sosial perlu dipatuhi pada setiap masa, katanya lagi memetik MalaysiaKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");