Perak Hari Ini

Perak Tambah Baik SOP Pelancongan, Seiring Dengan Norma Baharu

IPOH: Perak memulakan langkah awal bagi memulihkan semula sektor pelancongan dalam negeri yang terjejas akibat COVID-19, selain ianya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Justeru Majlis Tindakan Pelancongan Perak (PTAC) telah merangka ‘Panduan Amalan Baik Negeri Perak: Pematuhan SOP dan Peningkatan Keyakinan Pelancong’.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata usaha tersebut bagi menambah baik SOP sedia ada agar ianya bersesuaian dengan norma baharu serta memenuhi keperluan industri pelancongan di negeri ini.

“Dokumen SOP perhotelan, homestay dan kampungstay telah disiapkan sebagai garis panduan kepada para pengusaha penginapan.

“Ini bagi meyakinkan para pelancong bahawa percutian mereka adalah selamat daripada sebarang ancaman penyakit berjangkit,” katanya dalam sidang media POP Travels Cer Citer, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Selain itu kata beliau kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Perak akan mengadakan program latihan ‘Work-PRO’ yang bakal dilancarkan pada 9 Jun ini.

Katanya inisiatif tersebut bagi mempertingkatkan kemahiran bagi individu dalam industri pelancongan yang kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah beliau lagi, Perak turut akan melancarkan inisiatif penceritaan digital atau ‘POP Travels Cer Citer’ yang menyasarkan pemandu pelancong berlesen di negeri ini.

“Mereka kan diberikan pendedahan untuk menjadi ‘influencer’ menerusi latihan selama dua bulan. Video penceritaan bakal mempromosikan Perak sekali gus menjadikan pemandu pelancong lebih kreatif dan inovatif,” katanya.

Jelas Ahmad Faizal, sehingga kini daripada 570 pemandu pelancong yang aktif, 200 daripadanya memang berasal dari negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");