Berita Hari Ini

Permintaan tinggi, AirAsia tambah penerbangan pada Julai

SERDANG: AirAsia Group Bhd yang kini beroperasi pada kapasiti penuh bercadang menambah lebih banyak penerbangannya pada Julai ini sejajar dengan peningkatan permintaan untuk perjalanan udara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes, berkata permintaan untuk perjalanan udara meningkat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana membenarkan perjalanan rentas negeri.

Beliau berkata, penambahan penerbangan akan dibuat berdasarkan permintaan sejajar dengan pelonggaran kawalan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini.

“Kami mengikut garis panduan daripada kerajaan. Kami beroperasi pada kapasiti penuh dan akan menambah penerbangan apabila terdapat permintaan untuk itu,” katanya bagi mengulas mengenai operasinya susulan pelaksanaan PKPP.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B), OURFARM di sini, semalam

Pelancaran platform e-dagang itu disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun memetik Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");