Berita Hari Ini
Like

PKPB: Lapan Lelaki Main Sepak Takraw Ditahan

June 5, 2020
207 Views
0 Comments
1 minute read
PKPB: Lapan Lelaki Main Sepak Takraw Ditahan

ALOR SETAR – Tindakan lapan lelaki yang sedang leka bermain sepak takraw membawa padah apabila ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di padang permainan Bandar Perdana Fasa 6, Sungai Petani, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata kesemua mereka yang berumur 19 hingga 26 tahun itu ditahan sekumpulan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan Ops COVID-19 pada pukul 6 petang semalam.

“Kesemua mereka sedang bermain sepak takraw di kawasan berkenaan dan mereka gagal untuk memberi penjelasan yang munasabah untuk berada di satu kawasan itu secara beramai-ramai.

“Mereka melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Adzli berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Komen & Pendapat

Comments are closed.