Perak Hari Ini

Polis Tidak Berkompromi Sindiket Penyeludupan Warga Asing

ULU KINTA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang terlibat dengan apa juga kegiatan jenayah termasuklah sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tangkapan perlu dilakukan agar pihaknya dapat menyekat sindiket dan menghapuskan pembolosan pendatang tanpa izin.

“Kita sangat fokus dengan usaha untuk mengekang kemasukan pendatang tanpa izin malahan tidak ada kompromi dalam hal ini samada daripada anggota dan PDRM sendiri, kita akan ambil tindakan untuk menangkap.

“Siapa yang buat kerja tu dia tanggung dan undang-undang yang kita gunakan amat mudah, kita gunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) membolehkan kita menahan mereka dan mereka tidak boleh membela

“Kita akan menjalankan soal siatas untuk mendapatkan identiti pengenalan lain-lain ahli sendikit di mana ia tidak akan berhenti dan ramai lagi yang akan ditangkap.

“Siapa yang berani buat dia tanggung, tiada kompromi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Pangkat Posthumous Skim Ex-Gratia Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Bagi Koperal Safuan Mohamad Ismail di Mes Pegawai Kanan Briged Utara, di sini, hari ini.

Beliau mengulas demikian merujuk kepada penahanan 18 penguatkuasa melibatkan pegawai dan anggota PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), susulan tangkapan 40 suspek sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin pada 4 Jun lepas.

Jelas beliau, gerakan dan operasi ini dikemudikan dibawah jabatan siasatan jenayah di mana ianya dirancang dan diakukan ke seluruh negara, bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Pihak kita sudahpun berbincang bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan berbincang sendiri dengan Panglima angkatan tentera malaysia, dimana sebelum ini sudah diadakan penubuhan satu jawatankuasa khas baru benteng Covid-19 ini untuk mengawal perairan negara dan juga pantai, dimana di bawah angkatan tentera

“Sementara itu, untuk di daratan pula pihak PDRM yang dikemudikan oleh jabatan siasatan jenayah menjalankan tindakan pembersihan di daratan.

“Jadi, gerakan ini memang dilakukan secara holistik dengan pembabitan semua agensi bukan PDRM sahaja tetapi khususnya ATM di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, sebelum ini media melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed memaklumkan, seramai 371 orang ditahan dalam tempoh empat hari bagi fasa ketiga Op Covid-19 Benteng, dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 4 hingga 7 Jun lepas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");